Archive for the 'Pendidikan Unit Amanah' Category

Ketahui Hak Anda : Tempoh bertenang (Cooling off Period).

Tempoh bertenang ialah hak bagi setiap pelabur unit amanah untuk menilai semula keputusan mereka,sama ada hendak meneruskan pelaburan dalam dana unit amanah itu atau tidak. Tempoh bertenang ini dinyatakan dengan jelas didalam setiap prospektus.

Pada dasarnya, tempoh bertenang bermula selepas sahaja seseorang pelabur melabur dalam sesuatu dana unit amanah. Tempoh bertenang ini diberikan selama enam (6) hari bekerja bermula dari “tarikh permohonan pembelian unit amanah diterima” . Dalam tempoh ini, pelabur unit amanah boleh memilih sama ada untuk menarik diri atau meneruskan pelaburan dalam unit amanah itu.

Sekiranya seseorang pelabur memilih untuk menarik diri didalam tempoh bertenang, pelabur berhak mendapat semula sepenuhnya wang yang dilaburkan, termasuk yuran/caj yang telah dibayar.

Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa hak bagi tempoh bertenang itu bukanlah hak kekal kerana hak ini hanya diberikan kepada pelabur yang melabur dalam produk sesebuah syarikat pengurusan unit amanah bagi kali pertama sahaja.

Sebagai contah, jika anda membeli satu produk unit amanah daripada Syarikat A, dan inilah kali pertama anda melabur dalam produk unit amanah yang ditawarkan oleh syarikat itu, maka anda boleh melaksanakan hak anda untuk mengubah fikiran anda dan mendapatkan semula wang dalam tempoh bertenang tersebut.

Pelaburan seterusnya, dana amanah yang lain dari syarikat yang sama iaitu Syarikat A, maka tiada lagi tempoh bertenang baginya.

Kaedah Jualan Balik Pelaburan Unit Amanah.

Diantara faktor yang diambil kira sebelum bakal pelabur membuat keputusan ialah kecairan kewangan syarikat penyedia perkhidmatan, Karenah birokrasi didalam process penjualan semula pelaburan serta halangan yang perlu diharungi didalam mendapatkan balik wang pelaburan (Jualan balik) jika ada.

1. Sebagai Pelabur, Bolehkah saya mengeluarkan wang yang telah dilaburkan?

Anda boleh mengeluarkan atau menjual semula pelaburan anda pada bila-bila masa. Wang anda, anda yang tentukan. Keluarkan secara berperingkat-peringkat atau sekaligus.

Untuk memastikan AKAUN anda masih aktif, pastikan anda meninggalkan baki sejumlah RM1000 di dalam akaun pelaburan anda.

Jika anda mengeluarkan kesemua pelaburan anda, maka akaun pelaburan anda dikira sebagai tidak aktif dan akan ditutup selepas jangkamasa tertentu. Namun begitu, anda boleh melabur semula pada bila-bila masa dengan membuka akaun pelaburan yang baru.

2. Bagaimana Cara Mengeluarkan Wang ( Menjual Semula Pelaburan Anda)?

Di Public Mutual, anda boleh menggunakan beberapa cara seperti di bawah:

1. Anda terus pergi ke Agensi Public Mutual yang berdekatan dan mengisi borang jualan semula (Repurchase Form).
2. Anda berjumpa dengan Konsultan anda dan mengisi Repurchase Form. Seterusnya Konsultan anda akan membantu anda untuk menghantar borang tadi ke Agensi Public Mutual yang berdekatan.
3. Jika anda berdaftar dengan TeleMutual (Untuk menggunakan khidmat ini, anda perlu mengisi borang TeleMutual terlebih dahulu), anda boleh terus menelefon TeleMutual. Sebelum membuat sebarang pertanyaan atau arahan penjualan, anda perlu memasukkan No IC dan No Pin anda.

3. Bagaimanakah Public Mutual Membayar Wang Pelaburan yang Dikeluarkan?

Di dalam Repurchase Form, anda boleh memilih untuk mendapatkan semula wang anda melalui 3 cara di bawah:
1. Public Mutual terus mendebitkan wang anda ke akaun Public Bank atau Maybank anda
2. Public Mutual menghantar cek berpalang di atas nama anda ke Agensi yang berdekatan. Cek ini boleh diambil oleh anda atau Konsultan anda. Walaupun ianya diambil oleh Konsultan anda, anda tidak perlu risau kerana cek ini hanya boleh ditunaikan ke dalam akaun bank anda sahaja.
3. Public Mutual menghantar cek kepada anda melalui perkhidmatan kurier.

4. Berapakah Tempoh Masa Untuk Pelabur Mendapat Wang Pelaburan Mereka?

Setelah membuat arahan pengeluaran (samada dengan mengisi Repurchase Form ataupun melalui perkhidmatan TeleMutual), Public Mutual akan mengeluarkan cek dalam masa 3-4 hari dan mendebitkan wang ke akaun pelabur di dalam jangkamasa 5-7 hari.

Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?

Pulangan yang tak seberapa melalui KWSP??
Baca disini
Tingkatkan potensi pulangan pelaburan ahli KWSP melalui dana yang diluluskan ….PELABURAN UNIT AMANAH.

Untuk setiap 3 bulan, keluarkan maksimum 20% daripada jumlah simpanan akaun 1 untuk meningkatkan potensi pulangan pelaburan ahli melalui PELABURAN UNIT AMANAH SAHAM.

Latest Unit Trust Statistics at glance

statistic

Tips untuk tingkatkan potensi pulangan pelaburan.

Potensi pulangan pelaburan kita dapat ditingkatkan dengan mempraktikkan strategi pemurataan Nilai Kos Ringgit (Dollar cost Averaging). Kaedah ini (DCA) dapat menyelesaikan masalah dalam menentukan masa yang tepat untuk membuat pelaburan dengan mengambil kira risiko keadaan semasa pasaran.

Kita boleh membuat pelaburan dalam jumlah yang tetap setiap bulan atau melabur secara berkala dan berterusan. Dalam tempoh jangkamasa panjang,kita berpotensi mendapat manafaat daripada pengurangan kos belian keseluruhan pelaburan serta berpeluang meningkatkan potensi pulangan pelaburan. Ingat bahawa tujuan pelaburan didalam unit amanah adalah untuk jangkamasa sederhana/Panjang.

Amalan ini (DCA) digunapakai oleh kebanyakkan pemegang unit amanah dalam meminimakan risiko berkaitan pelabuan yang besar pada sesuatu masa.

UNIT AMANAH: Apa Pilihan Anda ?

Pelaburan didalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang berstruktur.Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran.

Tindakan yang kita lakukan iuntuk mengimbangi risiko semasa mungkin akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah. Terdapat 3 kategori pelabur tersebut ialah :-

1. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.

Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308
Rugi : RM10,000 – RM9,308 = (RM692)

2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).

Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit. Contohnya :

Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 – RM10,000 = RM1,220 (12.2%)

3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.

Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”.

Contohnya :-
Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400
Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 – RM9,400 = RM1,820 (18.2%)

Pilihan adalah ditangan ANDA !!!!!

Jadilah pelabur yg bijak.

Pelaburan UNIT AMANAH (Unit Trust) adalah suatu pengalaman yang menarik. Walau bagaimana pun, sebagai seorang pelabur kita hendaklah menjadi seorang pelabur yang bijak. Sila pastikan kita membaca PROSPECTUS sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur dimana-mana platform sekalipun.

######PELABUR BIJAK,MANAFAATNYA BANYAK######

Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.

Tahniah diatas keputusan anda untuk membuat pelaburan dan perancangan kewangan melalui Unit Amanah Public Mutual.
Terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah

i. Melalui Kaedah tunai.

– Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui Public bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
– Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
– Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)

ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP.
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.

Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Unit Amanah

Kelebihan melabur dalam unit amanah:

Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali – tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

a)Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dana drp peserta runcit akan dikumpulkan untuk menjadikan modal yang lebih besar dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak.

Risiko boleh dikurangkan dengan kepelbagaian. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

b)Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

c)Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

d)Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah:

a)Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

b)Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.

Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

c)Tiada kawalan keatas pelaburan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.


Please contact contact me if you are interested to invest in Islamic unit trust funds (mutual funds) or would like to be part of my TEAM in promoting Islamic unit trust funds investment.
Your TRUST, Our AMANAH
More Info :
Mail : kulats@gmail.com
HAZELI
Kota Bharu/Penang
Cell Phone: 019-416 2639

Blog Stats

  • 24,235 hits

Advertising Corner



 

*FREE*

Discover How To Earn Autopilot Income For Life In This Proven Step By Step Guide
 

See exactly how I did it and you can too...

 

Click Here Now


Visitors since Jul10′09

free counters
nuffnang_bid = "33b038f423f669726a16a61f0bbcdaa9";

 

November 2009
M T W T F S S
« Aug    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30