Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Unit Amanah

Kelebihan melabur dalam unit amanah:

Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali – tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

a)Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dana drp peserta runcit akan dikumpulkan untuk menjadikan modal yang lebih besar dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak.

Risiko boleh dikurangkan dengan kepelbagaian. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

b)Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

c)Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

d)Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah:

a)Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

b)Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.

Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

c)Tiada kawalan keatas pelaburan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.

8 Responses to “Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Unit Amanah”


  1. 1 noor suria bt abdullah August 25, 2008 at 5:05 pm

    Saya telah membuat pelaburan tetapi masih belum faham kaedahnya.

  2. 2 kulats September 9, 2008 at 4:06 pm

    Suria,
    Ini tidak sepatutnya berlaku.
    Adalah menjadi hak seorang pelaburan mengetahui dan memahami mengenai pelaburan yang disertai sebelum membuat keputusan untuk melabur.

    Pelabur bijak…banyak manafaatnya.

  3. 3 panjang December 2, 2008 at 10:35 pm

    bminat nk labur tp xtau cra perjalanan amanah saham

  4. 4 kulats December 11, 2008 at 12:20 am

    Bro panjang,

    secara ringkasnya pergerakkan harga unit amanah ni berdasarkan harga pasaran semasa.Pergerakkan harganya sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh faktor2 semasa.yang paling penting ialah,pelaburan unit amanah ni adalah bukannya jalan singkat untuk mengaut keuntungan segera !!!

    Untuk maklumat lanjut ,pls contact me at
    019-4162639
    kulats@gmail.com.

  5. 5 asha April 6, 2009 at 12:29 pm

    berminat dalam pelaburan…
    tetapi x tau camane cara nya…

  6. 6 harimau malaya June 1, 2009 at 12:52 pm

    salam bro
    aku ada beberapa soalan.kalu aku masuk seribu aku dpat berapa dividen tahunan. yang kedua aku dengaq depa kena simpan lebih dari 3 tahun awat lagu tu?

  7. 7 kulats June 2, 2009 at 2:25 pm

    Hi Harimau Malaya,

    Diantara basic rules untuk pelaburan unit amanah ialah pulangan dividennya adalah tidak tetap, ianya bergantung kepada harga pasaran semasa.Secara puratanya lebih dari 15% (Pulanag lalu tidak menjanjikan pulangan untuk masa depan).

    Pelaburan unit amanah ialah pelaburan jangkamasa sederhana/panjang iaitu diantara 3-5 tahun. Ini tidak bermakna kita tak boleh menjual balik pelaburan kita. Semuanya bergantung kpd pelabur samada untuk menjual balik ataupun tidak. Sebagai cth, kalau nak jual balik pelaburan selepas hanya 1 bulan pun dibenarkan.

  8. 8 FLOSSY March 8, 2010 at 10:29 pm

    setuju..betul tu harimau malaya..normally kita diberitahu upfront yg melabur di dalam unit Amanah ni mestilah untuk jgka waktu sederhana ke panjang..tetapi sekiranya u nak jual dalam tempoh setahun tiada halangan..cuma kita nak memaksimumkan return nya…kerana konsepnya mudah….. pastikan melebihi par nya baru u jual…🙂 i managed to get 15% per year after i sold out in one year time.. tak rugi pn after tolak sales charge…thats mean not necessary u tggu smpai 3 thn..kalu advisor u atau consultant u bleh advise u then it will b great.:)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 146,897 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
June 2008
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

%d bloggers like this: