Archive for July, 2009

Ketahui Hak Anda : Tempoh bertenang (Cooling off Period).

Tempoh bertenang ialah hak bagi setiap pelabur unit amanah untuk menilai semula keputusan mereka,sama ada hendak meneruskan pelaburan dalam dana unit amanah itu atau tidak. Tempoh bertenang ini dinyatakan dengan jelas didalam setiap prospektus.

Pada dasarnya, tempoh bertenang bermula selepas sahaja seseorang pelabur melabur dalam sesuatu dana unit amanah. Tempoh bertenang ini diberikan selama enam (6) hari bekerja bermula dari “tarikh permohonan pembelian unit amanah diterima” . Dalam tempoh ini, pelabur unit amanah boleh memilih sama ada untuk menarik diri atau meneruskan pelaburan dalam unit amanah itu.

Sekiranya seseorang pelabur memilih untuk menarik diri didalam tempoh bertenang, pelabur berhak mendapat semula sepenuhnya wang yang dilaburkan, termasuk yuran/caj yang telah dibayar.

Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa hak bagi tempoh bertenang itu bukanlah hak kekal kerana hak ini hanya diberikan kepada pelabur yang melabur dalam produk sesebuah syarikat pengurusan unit amanah bagi kali pertama sahaja.

Sebagai contah, jika anda membeli satu produk unit amanah daripada Syarikat A, dan inilah kali pertama anda melabur dalam produk unit amanah yang ditawarkan oleh syarikat itu, maka anda boleh melaksanakan hak anda untuk mengubah fikiran anda dan mendapatkan semula wang dalam tempoh bertenang tersebut.

Pelaburan seterusnya, dana amanah yang lain dari syarikat yang sama iaitu Syarikat A, maka tiada lagi tempoh bertenang baginya.

Advertisements

KWSP: Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun Catat Peningkatan

Sejajar dengan konsep ” bukan sekadar simpanan ” dan untuk meningkatkan tabungan persaraan ahli, pengeluaran fleksibel umur 55 tahun meningkat. Pengeluaran ini memberikan ahli pilihan untuk mengeluarkan simpanan KWSP secara berperingkat dan mengikut keperluan yang dapat membantu ahli memanjangkan simpanan persaraan mereka bagi jangkamasa yang lebih lama.

Ini mengambarkan tahap kesedaran dan keperihatinan ahli yang menitik beratkan soal keselesaan persaraan mereka.
Mereka mempunyai pilihan untuk mengeluarkan caruman KWSP yang dibenarkan untuk dilaburkan didalam instrumen pelaburan lain yang diluluskan oleh kerajaan, salah satu diantaranya ialah Pelaburan didalam UNIT AMANAH.
Baca seterusnya.


Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 162,881 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
July 2009
M T W T F S S
« Jun   Dec »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

%d bloggers like this: