Dimanakah anda ?

Sekiranya anda pernah melabur, sikap anda apabila melabur banyak mempengaruhi cara anda memilih, melabur dan memantau sesuatu pelaburan yang dibuat. Pernahkah terlintas di hati anda untuk mengetahui anda tergolong dalam kategori pelabur yang mana satu? Di sini, disenaraikan beberapa kategori pelabur untuk dikongsi bersama, dan juga nasihat yang boleh dipertimbangkan dalam membantu memperkukuhkan kedudukan anda sebagai pelabur.

    Kategori: Pendatang Baru

Kategori ini merangkumi mereka yang baru kali pertama melabur dan kurang berpengalaman dalam hal-ehwal pelaburan. Mereka menyedari bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, mereka perlu menabung dan melabur. Ada kalanya, dalam keghairahan mereka membuat pelaburan, mereka mendapatkan panduan daripada sumber maklumat atau orang yang salah, lantaran melakukan kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan, atau lebih buruk lagi, menjadi mangsa skim pelaburan tidak sah seperti pelaburan Internet dan sebagainya.

    Kategori: Pelabur Berwaspada

Mereka yang tergolong dalam kategori ini akan mengelakkan diri daripada melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi. Selalunya mereka akan berfikir panjang sebelum melabur dan mengambil masa untuk memahami sesuatu produk pelaburan tertentu. Biasanya, pelabur begini tidak mengharapkan pulangan yang tinggi dan akan melabur dalam produk pelaburan yang stabil atau menjamin pulangan serta memelihara modal pelaburan mereka.

    Kategori: Kaki Judi

Pelabur yang termasuk dalam kategori ini pada dasarnya merupakan mereka yang gemar mengambil risiko tinggi. Umumnya, mereka bersedia untuk mengalami kerugian dalam pelaburan. Mereka mudah tertarik kepada “ramalan panas” dan khabar angin pasaran. Mereka memilih pelaburan tambah nilai modal dan cuba membuat keuntungan seberapa cepat yang boleh. Selalunya, mereka membuat keputusan pelaburan berdasarkan naluri atau “perasaan” dan bukannya maklumat yang betul. Disebabkan itu, ada kalanya sukar bagi mereka untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam pelaburan yang salah atau tidak sesuai dengan matlamat kewangan kerana mereka berpandukan kepada naluri semata-mata.

    Kategori: Pelabur Pasif

Pelabur yang pasif biasanya percaya bahawa setelah mereka membuat sesuatu pelaburan, ejen atau remisier adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga pelaburan tersebut atau mereka beranggapan bahawa pelaburan tersebut akan terjaga dengan sendirinya. Pelabur sebegini selalunya jarang atau tidak pernah langsung memantau pelaburan mereka. Mereka juga tidak membaca dokumen berkaitan pelaburan yang dihantar kepada mereka, umpamanya penyata kewangan, laporan tahunan atau nota kontrak. Mereka terus-menerus tidak peduli walaupun terdapat masalah atau perkembangan terkini yang mungkin memberi kesan kepada pelaburan mereka.

    Kategori: Pelabur Bijak

Mereka ini melabur berdasarkan maklumat dan bukannya emosi. Mereka menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai untuk memantau pelaburan mereka dengan teliti. Mereka mendapatkan nasihat daripada mereka yang berlesen dan membuat keputusan pelaburan hanya setelah menimbangkan kebaikan dan keburukannya. Mereka berusaha untuk memahami ganjaran dan risiko sesuatu produk pelaburan itu dan tidak akan membiarkan pelaburan mereka tidak dipantau. Pelabur bijak seperti ini bersedia untuk menukar strategi pelaburan jika ia sudah tidak konsisten dengan matlamat dan objektif kewangan mereka.

0 Responses to “Dimanakah anda ?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 146,897 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
December 2009
M T W T F S S
« Jul   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

%d bloggers like this: