Archive for October, 2013

KWSP Umum Senarai Institusi Pengurusan Dana Dan Dana Unit Amanah Bagi Tahun 2013/2014

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menerbitkan senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana unit amanah bagi tahun 2013/2014 untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP), berkuatkuasa untuk tempoh 1 April 2013 hingga 31 Mac 2014.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Encik Nik Affendi Jaafar berkata, “Untuk manfaat ahli yang menyertai skim tersebut, senarai dana di bawah SPA-KWSP dikaji semula setiap tahun berdasarkan satu set kriteria penilaian untuk kelayakan, penggantungan dan kemasukan semula dana seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Proses ini dijalankan bersama dengan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FiMM) yang mewakili industri unit amanah.”

Kaedah penilaian yang telus dan menidakkan sebarang keraguan telah dipertingkatkan untuk tahun 2013/2014 dan ia berdasarkan pengukuran kuantitatif seperti pengiraan oleh FiMM dan KWSP.

“Ia adalah untuk kepentingan ahli dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa dana yang ditawarkan di bawah skim ini memiliki rekod prestasi yang konsisten,” kata Nik Affendi.

Bagi tempoh 2013/2014, sejumlah 206 dana unit amanah daripada 25 IPD layak ditawarkan di bawah SPA-KWSP, berbanding 218 dana pada tahun 2012/2013. (Sila lihat jadual di bawah)

Kategori Dana yang layak untuk tahun 2013/2014 IPD Mengambil Bahagian
 Ekuiti 96 21
 Seimbang/Aset Bercampur-campur 50 19
 Bon 28 15
 Pasaran Wang 31 19
 Amanah Harta 1 1
 Jumlah 206

 

Untuk mendapatkan senarai penuh dana yang ditawarkan di bawah setiap IPD yang dilantik, ahli boleh merujuk kepada laman web myEPF di Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP.

“Walaupun ahli diberikan peluang untuk meningkatkan simpanan persaraan melalui skim ini, KWSP mencadangkan ahli perlu mengkaji sendiri prospektus dana secara terperinci dan menilai merit serta mengenal pasti risiko yang terlibat sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian,” kata beliau.

Ahli diingatkan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membuat keputusan sendiri berdasarkan selera risiko dan objektif pelaburan mereka serta keyakinan terhadap pendekatan pelaburan pengurus dana yang dilantik.

“Ahli perlu mendapatkan nasihat professional daripada penasihat atau perancang kewangan yang berkelayakan atau boleh terus menyimpan di KWSP yang memberikan pulangan konsisten yang telah membayar dividen 6.15 peratus untuk 2012,” kata Nik Affendi.

Di bawah SPA-KWSP, ahli boleh mengeluarkan pada setiap tiga bulan tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah simpanan mereka dalam Akaun 1 yang melebihi ‘Simpanan Asas’. ‘Simpanan Asas’ adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut peringkat umur bagi membolehkan ahli mengumpul simpanan minimum RM120,000 apabila mencapai umur 55 tahun

KWSP SEMAK SEMULA KADAR SIMPANAN ASAS?

 

 

JADUAL: SIMPANAN ASAS KWSP (BERKUATKUASA 1 JANUARI 2014)
Umur
(Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
(Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
1,000
37
54,000
19
2,000
38
59,000
20
4,000
39
64,000
21
5,000
40
69,000
22
7,000
41
76,000
23
9,000
42
81,000
24
11,000
43
88,000
25
13,000
44
95,000
26
15,000
45
102,000
27
18,000
46
109,000
28
21,000
47
117,000
29
24,000
48
125,000
30
27,000
49
134,000
31
30,000
50
143,000
32
34,000
51
153,000
33
37,000
52
163,000
34
41,000
53
174,000
35
46,000
54
185,000
36
50,000
55
196,800
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyemak semula simpanan asas ke kadar lebih tinggi untuk membolehkan pencarumnya memiliki simpanan minimum RM196,800 menjelang usia 55 tahun.
Kadar simpanan asas baru itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014 dengan pencen minimum semasa pekerja sektor awam sebanyak RM820 sebulan supaya pencarum tidak mengalami masalah kesempitan wang selepas tempoh persaraanatau tidak jatuh ke garis pendapatan miskin iaitu RM800 sebulan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasinya, Datuk Ibrahim Taib berkata, berikutan semakan kadar itu pencarum perlu mempunyai simpanan lebih tinggi dalam akaun KWSP untuk mencapai jumlah ditetapkan mengikut usia bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan KWSP.
Beliau berkata, berkuat kuasa gaji Ogos 2013, pekerja berusia sehingga 60 tahun akan menerima caruman KWSP sebanyak 12 peratus daripada majikan atau 13 peratus untuk pekerja bergaji bulanan RM5,000 ke bawah. Manakala, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. “Mulai 1 Ogos 2013, kadar caruman mandatori 23 peratus atau 24 peratus bagi pekerja berusia kurang dari 60 tahun dan dikurangkan kepada 50 peratus dari kadar caruman mandatori bagi pekerja berusia antara 60 dan 75 tahun.
“Sebelum ini, ahli yang berusia lebih 55 tahun dan majikan mereka hanya perlu mencarum separuh daripada kadar berkanun. Pelaksanaan ini membantu ahli menambah simpanan untuk jangka masa panjang dalam tempoh persaraan,” katanya pada majlis taklimat insentif meningkatkan simpanan persaraan ahli KWSP, di sini, semalam.
Simpanan asas KWSP mula diperkenalkan pada 2008 dan merujuk kepada jumlah simpanan minimum ditentukan mengikut usia bagi membolehkan ahli mempunyai simpanan yang dianggap mencukupi menjelang usia 55 tahun.
Katanya, perubahan kadar caruman KWSP dan simpanan asas akan memastikan tahap simpanan pencarumnya lebih baik dan pihaknya sentiasa membuat semakan untuk meningkatkan simpanan ahli.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/23

Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 159,740 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
October 2013
M T W T F S S
« Nov   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

%d bloggers like this: