KWSP Umum Senarai Institusi Pengurusan Dana Dan Dana Unit Amanah Bagi Tahun 2013/2014

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menerbitkan senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana unit amanah bagi tahun 2013/2014 untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP), berkuatkuasa untuk tempoh 1 April 2013 hingga 31 Mac 2014.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Encik Nik Affendi Jaafar berkata, “Untuk manfaat ahli yang menyertai skim tersebut, senarai dana di bawah SPA-KWSP dikaji semula setiap tahun berdasarkan satu set kriteria penilaian untuk kelayakan, penggantungan dan kemasukan semula dana seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Proses ini dijalankan bersama dengan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FiMM) yang mewakili industri unit amanah.”

Kaedah penilaian yang telus dan menidakkan sebarang keraguan telah dipertingkatkan untuk tahun 2013/2014 dan ia berdasarkan pengukuran kuantitatif seperti pengiraan oleh FiMM dan KWSP.

“Ia adalah untuk kepentingan ahli dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa dana yang ditawarkan di bawah skim ini memiliki rekod prestasi yang konsisten,” kata Nik Affendi.

Bagi tempoh 2013/2014, sejumlah 206 dana unit amanah daripada 25 IPD layak ditawarkan di bawah SPA-KWSP, berbanding 218 dana pada tahun 2012/2013. (Sila lihat jadual di bawah)

Kategori Dana yang layak untuk tahun 2013/2014 IPD Mengambil Bahagian
 Ekuiti 96 21
 Seimbang/Aset Bercampur-campur 50 19
 Bon 28 15
 Pasaran Wang 31 19
 Amanah Harta 1 1
 Jumlah 206

 

Untuk mendapatkan senarai penuh dana yang ditawarkan di bawah setiap IPD yang dilantik, ahli boleh merujuk kepada laman web myEPF di Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP.

“Walaupun ahli diberikan peluang untuk meningkatkan simpanan persaraan melalui skim ini, KWSP mencadangkan ahli perlu mengkaji sendiri prospektus dana secara terperinci dan menilai merit serta mengenal pasti risiko yang terlibat sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian,” kata beliau.

Ahli diingatkan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membuat keputusan sendiri berdasarkan selera risiko dan objektif pelaburan mereka serta keyakinan terhadap pendekatan pelaburan pengurus dana yang dilantik.

“Ahli perlu mendapatkan nasihat professional daripada penasihat atau perancang kewangan yang berkelayakan atau boleh terus menyimpan di KWSP yang memberikan pulangan konsisten yang telah membayar dividen 6.15 peratus untuk 2012,” kata Nik Affendi.

Di bawah SPA-KWSP, ahli boleh mengeluarkan pada setiap tiga bulan tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah simpanan mereka dalam Akaun 1 yang melebihi ‘Simpanan Asas’. ‘Simpanan Asas’ adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut peringkat umur bagi membolehkan ahli mengumpul simpanan minimum RM120,000 apabila mencapai umur 55 tahun

0 Responses to “KWSP Umum Senarai Institusi Pengurusan Dana Dan Dana Unit Amanah Bagi Tahun 2013/2014”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 146,897 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
October 2013
M T W T F S S
« Nov   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

%d bloggers like this: