Archive for the 'Pelaburan' Category

Pelaburan melalui Unit Amanah Public Mutual berisiko ?

Semua pelaburan dipasaran terbuka adalah terdedah kepada risiko pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Ini adalah suatu kenyataan !!!

Kalau para bakal pelabur menyedari  adanya unsur unsur ketidakpastion disebabkan oleh risiko pasaran, ini bermakna sekurang -kurangnya para bakal pelabur mempunyai kesedaran (awareness) mengenai risiko -risiko yang bakal dihadapi mereka setelah membuat keputusan untuk membuat pelaburan.

Masyarakat kita masih lagi tidak didedahkan sepenuhnya mengenai ilmu pelaburan ini. Kita masih ditakuk lama masih takut untuk mencuba sesuatu yang hampir sama tapi memberikan pulangan yang lebih baik.

Pelaburan didalam unit amanah dimana IPD diuruskan oleh golongan profesional yang telah terbukti keupayaan mereka. Amanah saham bumiputra adalah salah satu contoh unit amanah yang diuruskan oleh ASN, ianya juga terdedak kepada risiko pasaran (cuma harga jualan/belian di tetapkan pd RM1 oleh k’jaan).

Kedua-dua instrument pelaburan ini terdedah kepada harga pasaran yang sama tetapi memberikan pulangan yang agak berbeza, begitu juga dengan pelaburan duit simpanaan kita di KWSP.

Kita ada pilihan, Kita diberikan peluang dan kita yang menentukan !!!!

 

Advertisements

Simpanan KWSP masih tak cukup untuk persaraan ??

pic-11

Pelaburan permulaan Unit Amanah.


Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 4 cara iaitu:
1. pelaburan secara lump sum
2. pelaburan secara simpanan bulanan
3. pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
4. meminjam untuk melabur

    1. Pelaburan Secara Lump Sum

Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1.keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2.keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!

    2. Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan

Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).

Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!

    3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.


Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

    4. Meminjam untuk Melabur

Walaupun terdapat kemudahan untuk membuat pinjaman untuk melabur (seperti Pinjaman ASB), harus diingai bahawa terdapat RISIKO yang hadir bersama dengan pinjaman, iaitu KADAR FAEDAH yang dikenakan oleh syarikat pemberi pinjam. Kadar faedah inilah yang boleh menyebabkan anda RUGI serta tidak mencapai potensi keuntungan pelaburan secara optimum.

Perlukah Perancangan Kewangan Selepas Persaraan ?


Persoalan ini sentiasa akan bermain di dalam fikiran kita yang hanya berkerja “MAKAN GAJI“, Kemanakah kita selepas persaraan ? Macamana dengan sara hidup pasca persaraan ?

Sekiranya anda adalah pencarum KWSP, anda sebenarnya boleh memanfaatkan Skim Pelaburan Ahli KWSP yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana, akaun KWSP adalah suatu akaun simpanan, dan sudah tentu ia tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dengan adanya skim ini, pencarum boleh mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalam pelaburan unit amanah yang diluluskan.

En. Ooi Kok Hwa, seorang kolumnis akhbar The Star, pernah menulis sebuah artikel menarik mengenai perancangan persaraan menggunakan simpanan KWSP .
Beliau merupakan seorang perunding kewangan profesional di Malaysia.

Selepas membaca artikel ini, fikir-fikirkanlah…..

Unit Amanah Suatu Pelaburan Yang Menyakinkan.

Pelaburan didalam Unit amanah Islam adalah diantara rangkaian dana unit amanah tersedia di pasaran. Pada asasnya, sekumpulan wang yang disatukan di dalam satu dana unit amanah, oleh pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama, akan dilaburkan oleh syarikat pengurusan pelaburan di dalam satu atau lebih kumpulan aset, dengan tujuan untuk mencapai objektif pelaburan tadi.

Unit amanah Islam adalah ia merupakan suatu entiti pelaburan yang mendapat status patuh Syariah,yang mana diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Sekuriti. Oleh yang demikian, anda tidak perlu ragu untuk melabur di dalam unit amanah Islam kerana ia telah disemak dan disahkan oleh pihak berwajib.

Peranan badan/Jabatan kerajaann yang mempunyai kepakaran didalam bidang masing-masing adalah terlalu penting untuk memastikan segala pelaburan memenuhi piawaian dan peraturan yang telah ditettapkan untuk menjaga kepentingan kesemua PELABUR yang terlibat.

Peranan Suruhanjaya Sekuriti dan Pemegang Amanah

Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah sebuah badan yang berperanan memantau semua perkara yang berkaitan dengan unit amanah. Ia adalah tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Garispanduan mengenai Dana Unit Amanah, Suruhanjaya Sekuriti. Ini bermakna semua dana yang diluluskan SC adalah dipantau pergerakannya.

Pemegang Amanah (Trustee) berperanan memastikan surat ikatan / perjanjian (Deeds) dipatuhi. Dengan kata lain, pemegang amanah menjaga aset para pelabur, iaitu kita. Pemegang amanah boleh jadi sama atau tidak sama di antara satu dana dengan satu dana yang lain. Maklumat ini boleh diperolehi daripada prospektus dana.

Peranan Penasihat Shariah Dana

Penasihat Shariah pula adalah individu atau syarikat yang dilantik menjadi penasihat kepada dana-dana islamik sedia ada. Penasihat syariah bertanggungjawab menasihati pengurus-pengurus dana dari aspek pelaburan di dalam kaunter-kaunter ataupun kelas aset yang patuh Shariah. Penasihat Shariah ini mendapat kelulusan daripada SC dan kelulusan tersebut bukan untuk selamanya. Adalah penting untuk mengetahui sama ada berlaku perubahan terhadap penasihat syariah dana supaya kita jelas tentang pelaburan yang diuruskan oleh pengurus-pengurus dana mendapat kelulusan daripada penasihat Shariah yang diluluskan. Maklumat-maklumat penasihat Shariah dana juga boleh diperolehi daripada prospektus dana dan juga di laman web Suruhanjaya Sekuriti.

Ke mana duit kita dilaburkan?
Seperti penerangan awal tadi, unit amanah adalah pelaburan kolektif – duit pelabur dikumpulkan, dan dilaburkan ke dalam kelas aset yang selaras dengan objektif pelaburan. Oleh yang demikian, kita perlu jelas akan objektif dana yang kita labur. Jika objektif dana adalah untuk mencapai pertumbuhan modal contohnya, maka duit yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang sedang berkembang atau sedang meningkat naik. Jika objektif dana adalah untuk memperolehi pendapatan tetap melalui syarikat yang menawarkan dividen, maka duit yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang memberikan dividen kepada pelabur mereka.

Siapa yang menentukan kaunter mana yang perlu dilaburkan? Kaunter mana yang perlu dijual? Ia adalah tanggungjawab pengurus dana. Pengurus dana mungkin orang yang sama, mungkin juga berbeza mengikut dana. Bukan mudah peranan dan tanggungjawab seorang pengurus dana, kerana ada banyak dana yang berbeza objektif dan strategi. Sebab itulah perlu ada lebih daripada seorang pengurus dana. Matlamat pengurus dana – memberikan ‘best effort‘ untuk menghasilkan pelaburan yang menguntungkan selaras dengan objektif dan strategi yang telah ditetapkan. Objektif dan strategi ini boleh diperolehi secara mendalam di dalam prospektus dana.

Keuntungan dan Pulangan

Keuntungan daripada pelaburan unit amanah adalah dalam bentuk pertumbuhan modal (capital gain) dan agihan (distribution). Pertumbuhan modal digambarkan sebagai turun-naik harga seunit saham, manakala agihan digambarkan sebagai dividen atau bonus. Bagi unit amanah yang tiada perubahan harga jual-beli seperti ASB, keuntungan hanya digambarkan melalui dividen dan bonus sahaja. Polisi agihan keuntungan ini ada dinyatakan di dalam prospektus dana. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus dana untuk memberikan usaha terbaik mereka untuk menghasilkan keuntungan yang besar kepada para pelabur. Perlu diingat bahawa tiada jaminan bahawa agihan atau keuntungan tersebut akan diberikan setiap tahun. Oleh yang demikian, baca dan fahami polisi pelaburan anda.

Pengeluaran Pelaburan KWSP Catat Pertumbuhan Ketara Pada S1 2010

Prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2010 telah mendorong ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan persaraan mereka bagi dilaburkan dalam saham amanah.

Amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli pada suku pertama 2010 (S1 2010) meningkat 43.26 peratus kepada RM911.15 juta (S4 2009: RM896.66 juta) berbanding RM636.01 juta yang dikeluarkan pada suku tahun yang sama pada 2009. Jumlah permohonan yang diluluskan di bawah pengeluaran ini meningkat kepada 113,809 (S4 2009: 114,375) daripada 87,420 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Seterusnya

Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?

Pulangan yang tak seberapa melalui KWSP??
Baca disini
Tingkatkan potensi pulangan pelaburan ahli KWSP melalui dana yang diluluskan ….PELABURAN UNIT AMANAH.

Untuk setiap 3 bulan, keluarkan maksimum 20% daripada jumlah simpanan akaun 1 untuk meningkatkan potensi pulangan pelaburan ahli melalui PELABURAN UNIT AMANAH SAHAM.


Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 165,645 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
November 2017
M T W T F S S
« Oct    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

%d bloggers like this: