Archive for the 'Public Mutual' Category

Pelaburan TANPA tunai ?

Anda juga boleh membuat pelaburan tanpa tunai (Cashless investment)?

In return, pelaburan anda,

  1. Diuruskan oleh professional Fund Manager
  2. Manage by established and Licenced Public listed company
  3. Mendapat perlindungan TAKAFUL secara PERCUMA
  4. Mendapat khidmat WASIAT secara PERCUMA
  5. Mendapat khidmat HIBAH secara PERCUMA

 

Perlukan penjelasan lanjut macamana nak dapatkan faedah2 tu?

Advertisements

Maksimakan Wang Simpanan Persaraan

Pelaburan didalam unit amanah diMalaysia sudah bermula beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimana pun, tahap kesedaran untuk menggunakan platform Unit Amanah untuk memaksimakan pulangan pelaburan wang simpanan persaraan kita masih lagi rendah.

Kerajaan membenarkan setiap ahli yang layak untuk mengeluarkan 30% daripada akaun 1 wang simpanan persaraan kita untuk melabur didalam Unit Amanah setelah ahli memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pelaburan ni dijamin selamat dengan adanya:

  1. Pemantauan oleh pihak berwajib (Suruhanjaya Sekuriti).
  2. Adanya pemegang amanah (Trustee), Amanah Raya sebagai pemegang amanah.
  3. Tahap kepatuhan shariah (bagi dana yg patuh shariah) di pantau oleh Suruhanjaya Sekuriti. Setiap 6 bulan akan diupdatekan status terkini

Pulangan pelaburan adalah berdasarkan pasaran semasa. Ianya tidak menjanjikan pulangan yang tetap.

Pelaburan didalam Unit Amanah adalah pelaburan jangkamasa sederhana /Panjang. ( 3thn-6 thn).

#MaksimakanAkaun1MelaluiUnitAmanahPatuhShariah

#UnitAmanahPatuhShariah

 

 

PM unit trust performance (Q3’2017)

Kenapa Public Mutual menjadi Pilihan ramai?

Yang mana satu Pilihan anda?

dec2017

Pelaburan permulaan Unit Amanah.


Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 4 cara iaitu:
1. pelaburan secara lump sum
2. pelaburan secara simpanan bulanan
3. pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
4. meminjam untuk melabur

    1. Pelaburan Secara Lump Sum

Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1.keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2.keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!

    2. Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan

Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).

Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!

    3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.


Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

    4. Meminjam untuk Melabur

Walaupun terdapat kemudahan untuk membuat pinjaman untuk melabur (seperti Pinjaman ASB), harus diingai bahawa terdapat RISIKO yang hadir bersama dengan pinjaman, iaitu KADAR FAEDAH yang dikenakan oleh syarikat pemberi pinjam. Kadar faedah inilah yang boleh menyebabkan anda RUGI serta tidak mencapai potensi keuntungan pelaburan secara optimum.

Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?

Pulangan yang tak seberapa melalui KWSP??
Baca disini
Tingkatkan potensi pulangan pelaburan ahli KWSP melalui dana yang diluluskan ….PELABURAN UNIT AMANAH.

Untuk setiap 3 bulan, keluarkan maksimum 20% daripada jumlah simpanan akaun 1 untuk meningkatkan potensi pulangan pelaburan ahli melalui PELABURAN UNIT AMANAH SAHAM.

Latest Unit Trust Statistics at glance

statistic

Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.

Tahniah diatas keputusan anda untuk membuat pelaburan dan perancangan kewangan melalui Unit Amanah Public Mutual.
Terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah

i. Melalui Kaedah tunai.

– Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui Public bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
– Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
– Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)

ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP.
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.

Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.


Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 175,172 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
July 2018
M T W T F S S
« Apr    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Advertisements

%d bloggers like this: