Archive for the 'Unit trust' Category

Are Unit Trust Funds Better Than Savings Accounts?

two-money-jars-with-coins21

Decision is yours !!!! Read more here

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Pelaburan permulaan Unit Amanah.


Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 4 cara iaitu:
1. pelaburan secara lump sum
2. pelaburan secara simpanan bulanan
3. pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
4. meminjam untuk melabur

    1. Pelaburan Secara Lump Sum

Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1.keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2.keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Contoh, jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57!!

    2. Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan

Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).

Sebagai contoh, jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!

    3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.


Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

    4. Meminjam untuk Melabur

Walaupun terdapat kemudahan untuk membuat pinjaman untuk melabur (seperti Pinjaman ASB), harus diingai bahawa terdapat RISIKO yang hadir bersama dengan pinjaman, iaitu KADAR FAEDAH yang dikenakan oleh syarikat pemberi pinjam. Kadar faedah inilah yang boleh menyebabkan anda RUGI serta tidak mencapai potensi keuntungan pelaburan secara optimum.

Perlukah Perancangan Kewangan Selepas Persaraan ?


Persoalan ini sentiasa akan bermain di dalam fikiran kita yang hanya berkerja “MAKAN GAJI“, Kemanakah kita selepas persaraan ? Macamana dengan sara hidup pasca persaraan ?

Sekiranya anda adalah pencarum KWSP, anda sebenarnya boleh memanfaatkan Skim Pelaburan Ahli KWSP yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana, akaun KWSP adalah suatu akaun simpanan, dan sudah tentu ia tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dengan adanya skim ini, pencarum boleh mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalam pelaburan unit amanah yang diluluskan.

En. Ooi Kok Hwa, seorang kolumnis akhbar The Star, pernah menulis sebuah artikel menarik mengenai perancangan persaraan menggunakan simpanan KWSP .
Beliau merupakan seorang perunding kewangan profesional di Malaysia.

Selepas membaca artikel ini, fikir-fikirkanlah…..

Pengeluaran Pelaburan KWSP Catat Pertumbuhan Ketara Pada S1 2010

Prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2010 telah mendorong ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan persaraan mereka bagi dilaburkan dalam saham amanah.

Amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli pada suku pertama 2010 (S1 2010) meningkat 43.26 peratus kepada RM911.15 juta (S4 2009: RM896.66 juta) berbanding RM636.01 juta yang dikeluarkan pada suku tahun yang sama pada 2009. Jumlah permohonan yang diluluskan di bawah pengeluaran ini meningkat kepada 113,809 (S4 2009: 114,375) daripada 87,420 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Seterusnya

Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?

Pulangan yang tak seberapa melalui KWSP??
Baca disini
Tingkatkan potensi pulangan pelaburan ahli KWSP melalui dana yang diluluskan ….PELABURAN UNIT AMANAH.

Untuk setiap 3 bulan, keluarkan maksimum 20% daripada jumlah simpanan akaun 1 untuk meningkatkan potensi pulangan pelaburan ahli melalui PELABURAN UNIT AMANAH SAHAM.

Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.

Tahniah diatas keputusan anda untuk membuat pelaburan dan perancangan kewangan melalui Unit Amanah Public Mutual.
Terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah

i. Melalui Kaedah tunai.

– Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui Public bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
– Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
– Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)

ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP.
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.

Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Meningkatkan simpanan persaraan : KWSP perkenal perubahan kadar caruman dan simpanan asas

Peluang dan pasaran didalam unit amanah semakin besar dan berkembang, Ianya adalah sejajar dengan inspirasi kerajaan untuk membantu ahli KWSP untuk meningkatkan tabungan ahli selepas persaraan.

Kini terpulang kepada ahli KWSP untuk menzahirkan segala perancangan dan inisiatif yang diwujudkan.
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan tabungan hari tua kita melalui pelaburan UNIT AMANAH.

—–Berikut adalah kenyataan akhbar dari KWSP (bertarikh: 25Jan2008)——

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan dua pembaharuan di bawah inisiatif “Bukan Hanya Simpanan” bagi memberikan peluang kepada ahli berumur 55 tahun dan ke atas terus bekerja serta meningkatkan simpanan persaraan ahli.

Berkuatkuasa 1 Februari 2008, tempoh tanggungan mencarum kepada KWSP untuk pekerja dan majikan dilanjutkan dari umur 55 tahun kepada 75 tahun. Selain itu, ahli perlu mempunyai amaun minimum Simpanan Asas mengikut tahap umur bagi membantu ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mencapai umur 55 tahun.

“KWSP sentiasa memberikan keutamaan agar ahli mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara. KWSP berharap dengan pembaharuan ini akan membantu ahli mempunyai jumlah simpanan yang lebih tinggi bagi persaraan yang lebih terjamin,” kata Encik Ibrahim Taib, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP.

Untuk pekerja berumur 55 tahun dan ke atas diwajibkan mencarum tetapi kadarnya adalah separuh daripada kadar caruman berkanun bagi menggalakkan ahli terus diambil bekerja. Bagaimanapun, pekerja dan majikan boleh memilih untuk mencarum lebih daripada kadar caruman berkanun yang ditetapkan.

Bagaimanapun, kadar caruman yang lebih rendah ini tidak terpakai kepada pekerja yang telah berumur lebih 55 tahun yang kini masih bekerja dan belum membuat Pengeluaran 55 Tahun. Pekerja ini dan majikannya perlu mencarum pada kadar semasa (23 peratus) sehingga Pengeluaran 55 Tahun dibuat.

Satu lagi pembaharuan di bawah inisiatif “Bukan Hanya Simpanan” adalah pelaksanaan Simpanan Asas iaitu sejumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum RM120,000 ketika umur 55 tahun (Lihat Lampiran).

Dengan pembaharuan ini, ahli dibenarkan melabur tidak lebih dari 20 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas menerusi institusi pelaburan yang diluluskan. Pelaburan ini boleh dibuat sekali setiap tiga bulan dengan jumlah minimum RM1,000.

“Objektif pembaharuan ini adalah untuk membantu ahli meningkatkan simpanan asas dalam akaun mereka secara berterusan sehingga mencapai jumlah minimum RM120,000 pada umur 55 tahun. Ini bagi membolehkan ahli menerima bayaran sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk tempoh 20 tahun sehingga umur 75 tahun iaitu purata jangka hayat rakyat Malaysia,” kata Encik Ibrahim.

Menurut beliau, pada masa yang sama pembaharuan ini memberikan peluang kepada ahli untuk melabur pada umur lebih muda yang boleh mengurangkan risiko kerugian modal berikutan tempoh pelaburan yang lebih panjang.

“Jumlah Simpanan Asas untuk setiap peringkat umur akan dikaji semula setiap lima tahun dengan mengambil kira perubahan sosial, ekonomi dan keperluan persaraan ahli,” kata beliau.

Tarikh : 25 Januari 2008


Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 162,881 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
September 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

%d bloggers like this: