Posts Tagged 'Pendidikan Unit Amanah'

Jadilah pelabur yg bijak.

Pelaburan UNIT AMANAH (Unit Trust) adalah suatu pengalaman yang menarik. Walau bagaimana pun, sebagai seorang pelabur kita hendaklah menjadi seorang pelabur yang bijak. Sila pastikan kita membaca PROSPECTUS sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur dimana-mana platform sekalipun.

######PELABUR BIJAK,MANAFAATNYA BANYAK######

Advertisements

Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.

Tahniah diatas keputusan anda untuk membuat pelaburan dan perancangan kewangan melalui Unit Amanah Public Mutual.
Terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah

i. Melalui Kaedah tunai.

– Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui Public bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
– Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
– Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)

ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP.
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.

Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.
Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Unit Amanah

Kelebihan melabur dalam unit amanah:

Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali – tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

a)Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dana drp peserta runcit akan dikumpulkan untuk menjadikan modal yang lebih besar dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak.

Risiko boleh dikurangkan dengan kepelbagaian. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

b)Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

c)Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

d)Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah:

a)Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

b)Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.

Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

c)Tiada kawalan keatas pelaburan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.

Pengenalan kepada Unit Amanah.

Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.

Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.

Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Perlindungan untuk pemegang unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;
Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran;
Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.

Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.


Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 162,881 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
September 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

%d bloggers like this: