Pelaburan Unit amanah Melalui pelaburan secara tunai

– Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000.
Pembayaran adalah melalui bank yang biasanya menyediakan
kaunter khas untuk operasi Unit Amanahnya.
– Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.
– Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuat
simpanan bulanan (min ialah RM100)

Pelaburan Unit Amanah melalui pengeluaran simpanan ahli KWSP:
Apa itu Skim Pelaburan Simpanan Ahli KWSP

•Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
•Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
• Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai IPD yang diluluskan.

Sejarah Kewujudan Skim Pelaburan Ahli KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli pada bulan November 1996 sebagai respon terhadap saranan supaya ahli diberi pilihan untuk melaburkan simpanan mereka. Laporan akhbar menyatakan sebilangan besar ahli yang bersara telah menghabiskan simpanan mereka untuk kehidupan selepas bersara dalam masa 3 tahun sahaja.Dengan adanya skim pelaburan ahli ini, ahli dapat menambah simpanan persaraan mereka sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan oleh KWSP. Ahli yang berkelayakan diberikan pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana amanah atau syarikat pengurusan aset yang telah dilantik oleh Panel Pelaburan KWSP

Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi
RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian
daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Definasi Simpanan asas.
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
i . Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah
skim pegeluaran pelaburan ahli tidak melebihi 20% daripada jumlah
simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
ii . Pengeluaran untuk pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali
dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN

ASAS (RM) PENGIRAAN: SIMPANAN AKAUN 1 – SIMPANAN ASAS X 20%

KELAYAKAN

AHLI A: 22 thn RM4,000 – RM5,000 x 20% – AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS

B: 22 thn RM8,000 – RM5,000 x 20%
= RM600 AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
KURANG RM1,000

C: 25 thn RM20,000 – RM9,000 x 20%
= RM2,200 AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINIMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM2,200

D: 40 thn RM40,000 – RM44,000 x 20%
_
AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON.
SIMPANAN DI AKAUN 1 KURANG
DARIPADA SIMPANAN ASAS

E: 45 thn RM100,000 – RM64,000 x 20%
= RM7,200
AHLI LAYAK MEMOHON.
AMAUN KELAYAKAN MINUMUM
RM1,000 DAN MAKSIMUM
RM7,200

Maklumat tambahan untuk Pelaburan melalui KWSP.
i) Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) . Sila klik pautan berikut untuk muat turun borang. Borang ini juga boleh diperolehi daripada IPD yang diluluskan atau agen sah yang dilantik IPD.
ii) Kad Pengenalan Awam/ Kad Pengenalan Malaysia (Mykad)/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR);
ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;
ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.

(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).

Kaedah Bayaran
KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima.

Cara Permohonan Dihantar

• Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukakan dokumen yang ditetapkan.
• Pihak IPD akan mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses.
• Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu borang permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat. Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tidak dibenarkan.

Klik di sini untuk soalan lazim mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Untuk pelaburan Unit Amanah melalui wang simpanan ahli KWSP/Pelaburan Tunai,
sila hubungi saya:

 kulats@gmail.com

85 Responses to “Cara Melabur: Tunai/KWSP”


  1. 1 nizam February 8, 2009 at 9:14 pm

    boleh jelaskan tak perjalanan pelaburan itu dan bagaimana mahu memulakan pelaburan
    dan kiraan kerugian serta keuntungan
    serta risiko dan pelbagai lagi

  2. 2 kulats February 9, 2009 at 2:56 pm

    Hi Nizam,
    Pelaburan unit amanah boleh di klafikasikan kpd 2 iaitu pelaburan yang memenuhi kerperluan shariah (Shariah’s compliances) dan juga pelaburan secara konversional.Pelaburan ini akan berdasarkan kepada harga pasaran semasa, turun naiknya harga sesuatu pelaburan unit amanah adalah selari dengan turun naiknya pasaran saham dipasaran terbuka.

    Risiko sentiasa ada,cuma relatively ianya adalah terlalu kecil jika di bandingkan pelaburan dipasaran terbuka.

    • 3 ahtong January 25, 2010 at 2:23 pm

      saya nak bertanya beberapa soalan.
      1) perbezaan unit amanah dgn asb
      2) adakah kita perlu menambah setiap bulan pelaburan kita?
      3)Sila jelaskan dengan terpeinci melalui pemotongan kwsp
      sila balas di email saya.
      terima kasih

  3. 5 kamil April 28, 2009 at 11:51 pm

    saya keliru sama ada pulangan pelaburan ini bulanan atau bagaimana

    • 6 kulats April 29, 2009 at 8:54 am

      Kamil,

      Pelaburan didalam unit amanah adalah suatu pelaburan untuk jangkamasa sederhana/panjang. Biasanya diantara 3-5 tahun.

  4. 7 jebat May 3, 2009 at 10:56 am

    akum..
    saya nak tanya mengenai pelaburan dalam unit amanah nih.kebaikan dan kenurukan dan apa beza ngan unit asb dan apa kelebihan nya dari segi pulangan dan masa yang diperuntukan oleh pelabur dalam jangka masa pendek dan jangkamasa panjang sebab saya amt berminat utk buat pelaburan yang buleh menjana wang dalam jangkamasa sederhana.atau max setahun seperti asb yang saya dah buat sepanjang 5 tahun kebelakangan ie dengan pulangan yang memuaskan.
    terima kasih….
    jebat the ultimate
    if possible tlg jawab kepada mail saya….

  5. 11 yatie June 9, 2009 at 1:08 pm

    salam,
    saya nak bertanya beberapa soalan.
    1) perbezaan unit amanah dgn asb
    2) adakah kita perlu menambah setiap bulan pelaburan kita?
    3)Sila jelaskan dengan terpeinci melalui pemotongan kwsp
    sila balas di email saya.
    terima kasih

  6. 13 Emelia July 16, 2009 at 4:39 pm

    Salam,

    Saya ada soalan:

    1. Adakah pelaburan/simpanan yang dibuat ke dalam Unit Amanah bersamaan dengan pelaburan/simpanan yang dibuat ke dalam Takaful

    2. Perbezaan pulangan sekiranya melabut unit amanah ASB dan lain agensi spt Public Mutual misalnya.

    Sila reply ke email saya.

    Terima kasih.

  7. 15 mie July 17, 2009 at 11:30 am

    assalamualaikum…

    just nak tanya bbrpe soalan :-

    1) mcm mana nak melabur
    2) apa syarat2 kelayakan (etc:- kena buka akaun public bank ke
    ape ke)
    3) cara pembayaran ( setiap bulan ke,macam mana ke)
    4) risiko dia macam mana?
    5) bila boleh keluarkan keuntungan?

    stakat ni,itu je soalan..

    reply me via e-mail..tq

  8. 17 uhz July 21, 2009 at 5:23 pm

    assalamualaikum…

    bole tak nak tahu jawapan bagi soalan mie…

    plz reply email sy…tq

  9. 19 Khai November 30, 2009 at 7:21 pm

    kulat…mintak tolong emailkan saya butir2 seperti yang diminta oleh mie tu. Bolehkan? Saya cuma nak tau sejauh mana saya boleh terlibat dalam pelaburan nie. TQ

  10. 20 Mohd Sahir Juhari January 28, 2010 at 11:19 am

    Assalamualaikum…
    1. Boleh britahu saya pbezaan Unit Trust dgn ASB?
    2. Brapa purata % pulangan Unit Trust setahun (anggaran)?
    3. Apa risiko melabur di Unit Trust?
    4. Adakah terdapat perbezaan pulangan setiap Bank?
    5. Tlg jelaskan dgn terperinci cara pemotongan melalui KWSP?

  11. 21 kulats January 29, 2010 at 10:05 pm

    Hi Sahir,

    Secara ringkas:
    1. ASB adalah tergolong didalam kategori Unit trust.
    2. Tidak tetap. Bergantung kpd Jenis dana dan juga pasaran
    semasa.
    Anggaran diantara 10%-20% setahun.
    3. Setiap pelaburan terdedah kpd risiko. Anyway risiko unit
    trust secara relatifnya adalah rendah. ianya diuruskan
    pengurusan profesional dan dilesenkan oleh Suruhanjaya
    sekuriti.
    4. Sila rujuk ke-item 2.
    5. Sila rujuk “post” diatas.

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya.

  12. 22 Ahjai83 February 2, 2010 at 9:01 pm

    Askum kulat saya jai..nak tnya antara unit amanah dgn asb yg mane hrga tggi..lg 1 nak tnya apabila ckp tempoh matang 3 taun bgaimana kt nak ambik duit 2..xbleh ke buka akaun kurang dr 1 ribu rggt.

    • 23 kulats February 9, 2010 at 9:32 pm

      ASB juga adalah unit amanah. Harga unit amanah (termasuk ASB) adalah berganyung kpd pasaran semasa. Cuma K’jaan dah tetapkan harga jualan dan belian bagi ASB adalah tetap iaitu RM1 per unit.
      Untuk bukak akaun, minima ialah RM1000.
      Kalau nak jual balik, cuma p kat bank dan buat jualan balik.

  13. 24 SARINA February 8, 2010 at 6:35 pm

    Saya sbnarnya mmg sedang m’cari m’lumat mengenai pelaburan yg selamat. Tapi tak pasti mengenai saluran mana yg betul2 selamat. Boleh tak emailkan saya pelaburan yg bagaimanakah yg dpt pastikan modal saya selamat tp dgn keuntungan yg semaksima mungkin{^_^}

  14. 25 nuer kaseh March 19, 2010 at 4:27 pm

    assalamualaikum kulats?

    1.macamna hendak membuat pelaburan dalam unit amanah?

    2. apa kelebihan pelaburan ni dengan pelaburan2lain?

    3.perlukah saya menanbah pelaburan setiap bulan?

    tolonglah saya kulat,balaslah.by

    • 26 kulats April 9, 2010 at 9:02 pm

      1. Pelaburan minima RM1000 untuk buka akaun.Boleh tambah pelaburan setiap bulan.

      2. Risiko pelaburan tu ada tapi secara perbandingan ia adalah relatively kecil berbanding pelaburan yang lain.

      3. terpulang kepada pelabur samada nak tambah setiap bulan ? setiap hari ? tak mahu tambah ?

      More detail, contact me.

  15. 27 Zulkarnain Adam April 27, 2010 at 8:54 am

    Assalamualaikum…

    Saya ada beberapa keraguan :-

    1) mcm mana nak melabur dalam skim ini, bleh pilih antara Islamic atau Konvensional kan. Kat bank Mana?
    2) apa syarat2 kelayakan (etc:- kena buka akaun public bank ke
    ape ke)
    3) cara pembayaran ( setiap bulan ke,macam mana ke)
    4) risiko dia macam mana?
    5) bila boleh keluarkan keuntungan?

    stakat ni,itu je soalan..

    reply me via e-mail..tq\

    Assalamualaikum…

  16. 28 boy April 27, 2010 at 7:47 pm

    salam,
    saya nak invest dalam mutul fund. tp lepas discuss ngan kawan diorang kata amcash from ambank pun ok gak. apa different between amcash & public mutual? which one yang beri profit lagi tinggi

    • 29 kulats April 28, 2010 at 10:41 pm

      Salam,

      Saya x tahu sangat pasal amcash. Terdapat pelbagai jenis pelaburan dipasaran. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing2. Buat pilihan berdasarkan matlamat pelaburan kita setelah membuat kajian yang sepatutnya.

  17. 30 boboy May 12, 2010 at 9:40 pm

    hai sy nak tanya kit kwsp ke public mutual brp minimum percent diveden yg pb mutual bg untuk dana yg sederhana..dan apakah resiko yg perlu dihadapi oleh pelabur..

    • 31 kulats May 18, 2010 at 10:05 pm

      Pulangan ataupun dividen adalah tidak tetap. Iamya bergantung kepada harga pasaran semasa.

      Setiap pelaburan adalah terdedah kepada risiko. Walau macamana pun risiko didalam pelaburan unit amanah secara relatifnya amat kecil.

  18. 32 halim June 3, 2010 at 3:18 pm

    salam..
    sy nak tanye bleh buat dlm mase 2tahun x?
    bleh x emailkan kat sy macam mane sy nak buat pelaburan ni.

  19. 33 mat June 22, 2010 at 11:57 am

    ape beza asb dengan unit amanah PM dari segi pulangan dan harga..dalam tempoh jangka panjang kita melabur,mana lebih menguntungkan antara asb dan unit amanah PM..

    jawab ikut mail saya.terima kasih

  20. 35 Nur Eira July 5, 2010 at 10:47 pm

    salam kulats.

    1. yg sy faham asb memberi pulangan hanya pd hujung thn manakala unit amanah ni memberi pulangan tiap2 bulan.

    2. risiko yg dimaksudkan dlm pelaburan adalah kehilangan modal saham sekiranya berlaku penurunan harga di pasaran.

    3. apakah langkah2 awal utk membuat pelaburan jangka sederhana melalui tunai. tp sbnrnya sy kurg fhm mengenai pelaburan menggunakan kwsp. adakah dgn memindahkan wang tersebut ke unit amanah & pulangannya dimasukkan ke akaun kwsp semula?

    sbnrnya apa yg sy utarakan adalah berdasarkan pemahaman sendiri. pastinya ada kesilapan & harap dpt dibantu. reply di emel. tq

  21. 37 AZ August 2, 2010 at 12:12 pm

    BOLEH TERANGKAN SECARA TERPERINCI PELABURAN SECARA TUNAI DAN KWSP..???

  22. 39 nafizah August 27, 2010 at 11:20 am

    salam
    saudara…saya berminat nak tahu tntg pelaburan dlm PM ni. tlg email kan saya ye details sp yang di minta oleh saudara/i mie July 17, 2009 kat atas tu

    terima kasih

  23. 40 kulats September 3, 2010 at 10:02 pm

    Pls refer to your mail.

  24. 41 hanif September 30, 2010 at 12:16 pm

    assalamualaikum,
    saya baru mula bekerja & berhasrat utk menyimpan wang. pd pndpt sy lbh baik dilaburkan drp dsmpn dlm bank shj. ramai org memperkatakan ttg asb, jd sy pn pergi sndri ke easy-rhb & buat sdikit kajian mlalui internet. hasilnya stelah berfikir & mmbuat rujukan, sy yakin dgn pdangan ustaz zaharuddin (zaharuddin.net) bhw asb itu haram. jadi adakah kaedah lain cara islam yg boleh sy sertai utk membuat pelaburan? jika ad cadangan kaedah yg terbaik utk saya melabur, sila jelaskn secara terperinci. segala jasa baik saudara sy dahului dgn ucapan terima ksh..

  25. 42 kulats October 2, 2010 at 3:08 pm

    Untuk mendapatkan penjelasan mengenai halal/haram ni, kena dapatkan daripada mereka yang lebih arif. Para ilmuan ni boleh menolong..insyaallah.

  26. 43 Gladiator October 4, 2010 at 6:06 pm

    Assalammualaikum..Saya ada beberapa persoalan mengenai Unit Trust..

    1. jika kita buka akaun pelaburan..adakah akan diberikan buku akaun ?

    2. Bagaimana untuk membeli dan menjual?

    • 44 kulats October 4, 2010 at 9:27 pm

      Assalammualaikum..Saya ada beberapa persoalan mengenai Unit Trust..

      1. jika kita buka akaun pelaburan..adakah akan diberikan buku akaun ?
      – Tiada buku akaun dikeluarkan.
      – Penyata berkala akan dikeluarkan
      2. Bagaimana untuk membeli dan menjual?
      – Transaksi pembelian.Penjualan akan dilakukan oleh servis provider,ie Pihak bank yg berkenaan,
      – Untuk membeli mesti melalui agen.
      – Pembelian/penjualan semula adalah terbuka.

  27. 45 Izwan December 29, 2010 at 1:00 pm

    Assalamualaikum…

    just nak tanya bbrpe soalan :-

    1) mcm mana nak melabur
    2) apa syarat2 kelayakan (etc:- kena buka akaun bank ke
    ape ke)
    3) cara pembayaran ( setiap bulan ke,macam mana ke)
    4) risiko dia macam mana?
    5) bila boleh keluarkan keuntungan?

  28. 46 ina January 29, 2011 at 1:33 pm

    slm.Saya berumur 45thn simpanan dlm akaun 1 RM 52000.Bolehkah saya membuat pelaburan dlm asb? Bank mane yg harus saye berurusan?tq

  29. 48 fancyscarfarison Yahya August 29, 2011 at 10:53 pm

    Salam,

    Saya nak tanya sikit, kalu dah beli macamana caranya kita nak jual balik, adakah kena ghi kat bank atau boleh buat melalui internet atau melalui perunding…..

    Terima kasih

  30. 50 vincx September 17, 2011 at 1:42 pm

    hi, sya baru mula bekerja, dan sedang meninjau2 untuk melabur..stakat ini sya melabur di ASB…dan setelah membuat byk bacaan di blogs2 scra on9, byk lagi cara untuk memaksimakan wang kita…boleh terngkan bentuk risiko yg berlaku dlm unit amanah? adakah modal yg kita labur akan berisiko, atau pulangan nya sahaja yg berisiko?
    then, jika modal mencecah 100k, berapakah pulangannya? dan berapa tahun hasilnya(dividen) dapat dinikmati..mohon reply kat emel sya.TQ…

    • 51 kulats September 26, 2011 at 10:28 pm

      Hi Vincx,

      Pelaburan unit amanah terdedah kepada risiko. Ianya seiring dengan pergerakkan harga pasaran terbuka. Walaubagaimana pun risikonya secara bandingan adalah relatively kecil.

      Kedua dua modal dan pulangan unit amanah adalah tertakluk kepada risiko perubahan pasaran semasa. Perlu dinyakan bahawa secara relatif nya risiko yang di hadapi adalah kecil.

      Pulangan pelaburan adalah tidak tetap dan ianya bergantung kepada harga pasaran semasa.

  31. 52 wanisalleh June 30, 2014 at 11:20 am

    Assalam… saya tgh mencari maklumat utk membuat pelaburan mnggunakn akaun KWSP saya… harap en. boleh bagi penerangan, iyer… Tqvm.

  32. 54 reza August 26, 2014 at 3:27 pm

    Assalamualaikum. Saya baru tahu mengenai pelaburan boleh menggunakan akaun KWSP, maklumlah baru sahaja bekerja.. Nak tanya, adakah unit amanah ini adalah saham atau pun org yg menguruskan saham?

    • 55 kulats August 26, 2014 at 9:40 pm

      Reza,
      Unit amanah ialah suatu saham amanah. Cth yg semua orang tahu ialah ASB. Cuma harga ASB ni tidak mengikut harga pasaran dan ianya ditetapkan pd RM1. Unit amanah ni pula akan mengikut harga pasaran dimana ianya akan berubah ubah.Unit amanah ni dikawal selia oleh ketajaan melalui suruhanjaya sekuriti. Amanah Raya sdn bhd adalah sebagai pemegang amanah (trustee). Dua kaedah utk melabur iaitu pelaburan tunai dan juga pelaburan melalui wang simpsnan kwsp.

  33. 58 Han September 7, 2014 at 7:35 pm

    Saya nk tanya tentang pinjaman Public Mutual, saya kerja swasta, kalau nk buat pinjaman RM100k untuk masuk dalam public mutual macam mana eh?

  34. 60 johary joee October 15, 2014 at 7:16 pm

    sila terangkan bagaimanakah cara jika saya ingin membuat pelaburan dari akaun 1 kwsp. untuk melabur.. minta pencerahan.. tq

    • 61 kulats October 20, 2014 at 6:17 am

      Hi Johari,
      pelaburan melalui EPF:
      – kita boleh keluarkan 20% drp jumlah simpanan dalam akaun1 selepas ditolak dengan simpanan asas. Simpanan asas ni berdasarkan kepada umur ahli.

      utk maklumat lanjut, sila refer to your e-mail.

  35. 62 akma October 30, 2014 at 2:23 pm

    assalamualaikum…

    just nak tanya bbrpe soalan :-

    1) mcm mana nak melabur
    2) apa syarat2 kelayakan (etc:- kena buka akaun public bank ke
    ape ke)
    3) cara pembayaran ( setiap bulan ke,macam mana ke)
    4) risiko dia macam mana?
    5) bila boleh keluarkan keuntungan?

    kalau kakitangan kerajaan yang ambil skim pencen layak ke utk melabur skim amanah ini?

    • 63 kulats November 2, 2014 at 10:01 am

      As salam Akma,
      1) untuk memulakan pelaburan, kita mesti ada akaun dengan PM. Untuk buka akaun,nilai minimum ialah RM1000 samada pelaburan melalui wang tunai atau pun EPF.
      2) untuk pelaburan EPF, nilai wang simpanan EPF akaun 1 yang boleh dikeluarkan utk pelaburan ialah 20% drp baaki yang ada setelah ditolak dengan simpanan asas. Simpanan asa ni bergantung pd umur pelabur.
      3) Pelaburan boleh dibuat secara ” one off ” atau pun potongan bulanan (DDI) utk pelaburan tunai.
      4) Pelaburan melalui wang simpanan EPF, setiap 3 bulan jika kita memenuhi syarat yang ditetapkan oleh k’jaan.
      5) Ini adalah pelaburan mengikut harga pasaran. Risiko nya ada walaupun secara relatif nya kecil.
      6) Pelaburan tunai –keuntungannya boleh dikeluarkan bila2 masa jika ada,cuma perlu buat jualan balik.
      7)Pelaburan dengan menggunakan wang smpanan EPF, segala keuntungan jika ada akan dimasukkan balik kedalam akaun1 pelabur.

  36. 64 chee January 12, 2015 at 10:51 am

    Saya nk buat pelaburan dengan wang kwsp. tapi saya tak faham bagaimana pelaburan dilakukan walaupun penerangan telah dilakukan dalam blog di atas.
    1) adakah sy boleh melakukan loan asb di bank dengan menggunakan epf?
    2) adakah sy perlu mengeluarkan duit dr epf setiap bulan utk dimasukkan dalam asb
    3) adakah sy perlu melakukann nya sendiri seperti pergi sendiri ke pnb dan ke kwsp?
    4) bolehkah sy guna ejen?

  37. 65 abdullah sulaiman bin tasrib April 17, 2015 at 11:04 am

    assalam

    nk tnya.. sy da buat pelaburan public mutual ni RM1000 tunai tahun 2012 klu x silap la.. smpai sekarang sy x topup2…. agen dah x buat lg sbb ade hal tertentu la. sy ingat nk aktif balik pelaburan ni.. ape sy perlu buat skrng ni?

  38. 67 Bibi May 20, 2015 at 1:04 pm

    saya inginkan kepastian untuk beberapa soalan.
    1) Perbezaan unit amanah dgn asb
    2) Sila jelaskan dengan terpeinci melalui pemotongan kwsp (sila balas di email saya.)
    3) Bayaran bagi Dividen / keuntungan dikira mengikut bulan (ASB) atau tahunan?
    4) Tempoh minimum bagi membuat pengeluaran / jual balik bagi unit amanah (untuk kes kecemasan)
    5) Syariah compliance bagi memastikan selamat digunakan bagi tujuan menunaikan haji.
    Sekian terima kasih

    Note : (sila balas di email saya.)

  39. 69 shara March 8, 2016 at 2:13 pm

    Saya inginkan kepastian dan beberapa soalan
    1. Perbezaaan unit amanah dgn asb
    2. sila jelaskan dengan terperinci pemotongan kwsp (sila balas di email saya)
    3. keuntungan dibagi atau dikira ikut bulan atau tahunan
    4. Tempoh minimum bagi membuat pengeluaran / jual balik bagi unit amanah (untuk kes kecemasan)
    5. Dimana kita mahu dapat borang untuk memohon pelabuhan ini
    6. apa step yg terlebih dahulu kita lakukan
    7. adakah sy perlu mengeluarkan duit dr epf setiap bulan utk dimasukkan dalam asb
    8. adakah sy perlu melakukann nya sendiri seperti pergi sendiri ke pnb dan ke kwsp?
    9. mcm mana nak melabur
    10) apa syarat2 kelayakan (etc:- kena buka akaun public bank ke
    ape ke)
    11) cara pembayaran ( setiap bulan ke,macam mana ke)
    12) risiko dia macam mana?
    13) bila boleh keluarkan keuntungan?

  40. 70 slan April 26, 2016 at 10:16 am

    Salam…

    Saya Nak tanya kalau kita dah diluluskan pengeluaran.pas tu nak labur..adakah modal yang kita gunakan tidak berkurangan..maklumlah keadaan saham turun..naik..boleh tolong jelas kan..

    • 71 kulats April 25, 2017 at 8:12 pm

      Hi Slan,
      Pelaburan unit amanah ni berdasarkan kepada pasaran saham semasa,ada risiko utk kerugian.
      Risiko utk rugi adalah minimum…

  41. 72 Joselin Bin Ongusi April 19, 2017 at 9:13 pm

    Saya berminat memohon melabur Wang KWSP melalui prosuder perkara yang disarankan.Selain itu mana pihak bank atau IPD syarat permohonan selamat,mudah pengurusan dan lebih efesien.

  42. 73 My roseland April 23, 2017 at 3:29 pm

    Assalam.
    Nak tanya sikit saya dah melabur dlm unit trust melalui kwsp tp sekarang bolehkah saya pulangkan duit dlm unit trust ke kwsp balik. Sekarang umur saya 37 thn. Tlg balas email saya.

  43. 74 anirashoppalista September 7, 2017 at 4:16 pm

    Hi masih ada ke ruangan ni…
    Sya nak membuat pelaburan menggunakan kwsp… tp sya x sure yg mana pelaburan yang bagus …
    N sya nak tanya tentang beberapa perkara
    1) setiap bulan kita kena bayar ke mmg bayar skali sahaja masa permulaan (guna kwsp)
    2) (guna kwsp) kita pelabur ada dapat dividen ke x.. kalau ada dividen dibayar setiap bulan atau kaedah lain atau akan dikumpul sehingga 55tahun jugak utk buat pengeluaran dividen…

    Terima kasih..
    Tolong balas di email saya ye….
    Terima kasih in advance utk bantuan….

  44. 80 Othaman December 17, 2017 at 9:18 pm

    Tuan..boleh terangkan tempoh pelaburan di unit trust..adakah setiap bulan atau bagaimana??
    Selain pelaburan unit trust..ada lagi kah unit2 lain yg lebih baik utk di ikuti.
    Berapa peratus dividen setiap tahun..

    • 81 kulats December 18, 2017 at 9:59 pm

      En. Othman,
      Pelaburan melalui unit trust adalah pelaburan jangkamasa sederhana/Panjang. Biasanya diantara 3-7 tahun.
      Keuntungannya bedasarkan kepada pasaran saham semasa,tidak tetap.
      Pelaburan ni boleh dibuat melalui akaun 1 KWSP dan juga pelaburan secara tunai.

  45. 82 Zura April 12, 2018 at 5:44 pm

    Hi, I want to know more this investment.

  46. 84 Emmael April 17, 2018 at 12:25 pm

    Assalamualaikum..
    saya nak tanya
    1) Kalau masuk trust guna kwsp..setiap bulan kita kena bayar ke atau bayar skali sahaja masa permulaan (guna kwsp)
    2) (guna kwsp) kita pelabur ada dapat dividen ke x.. kalau ada dividen dibayar setiap bulan atau kaedah lain atau akan dikumpul sehingga 55tahun jugak utk buat pengeluaran dividen
    Terima kasih

    • 85 kulats April 19, 2018 at 8:13 pm

      Saya nak tanya
      1) Kalau masuk trust guna kwsp..setiap bulan kita kena bayar ke atau bayar skali sahaja masa permulaan (guna kwsp)

      – Utk buka akaun, minima RM1000.
      – Boleh keluarkan simpanan KWSP untuk setiap 3 bulan jika syarat2 nya dipenuhi.

      2) (guna kwsp) kita pelabur ada dapat dividen ke x.. kalau ada dividen dibayar setiap bulan atau kaedah lain atau akan dikumpul sehingga 55tahun jugak utk buat pengeluaran dividen.

      – Setiap dividen yang diperolehi boleh dilaburkan semula (re-invest) atau pun terus dimasukkan kedalam akaun 1 pelabur.
      – Pelabur tidak dapat mengeluarkan dividen ini sehingga pelabur berusia 55 thn.


Leave a reply to kulats Cancel reply




Which FUNDS is the best? Check it out HERE!!


Contact Form

Blog Stats

  • 190,490 hits

Visitors since Jul10’09

free counters
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031